Sunday 25 October 2015

Filled Under:

Suami Gila ‘Sewa’ Isteri Kepada Lebih 2,700 Lelaki!

Suami Gila ‘Sewa’ Isteri Kepada Lebih 2,700 Lelaki!


                                                                     Gambar hiasan


BARANGKALI inilah suami yang paling dayus di dunia untuk tahun ini!!!

Demi meraih wang pendapatan lumayan, seorang lelaki ini tergamak bertindak menyewakan isterinya kepada 2,742 orang pelanggan yang berurus niaga dengannya melalui Internet semenjak 4 tahun lalu.

Lelaki rakyat Perancis yang berusia 54 tahun itu dikatakan berjaya meraih pendapatan mewah sebanyak lebih RM23,000 setiap bulan dengan hanya bertugas melacurkan tubuh isterinya yang berusia 46 tahun.

Perniagaan seks yang berhasil mendatangkan pulangan lumayan kepada lelaki warga emas terbabit malah dijalankan di rumahnya sendiri yang terletak di pinggir bandar kecil di Meaux, utara ibu kota Paris.

Dia dilaporkan tinggal di rumah tersebut bersama-sama dengan isterinya itu dan anak mereka yang berusia 5 tahun, menurut berita yang disiarkan oleh kebanyakan media tempatan pada Jumaat.

Sementara isterinya seronok ‘diratah’ oleh pelanggan di dalam rumah mereka, lelaki tersebut bersama anaknya hanya akan duduk dan tunggu di dalam kereta mereka di luar kediaman berkenaan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah ditangkap minggu lalu, namun hanya lelaki berkenaan dikenakan hukuman kerana pihak pendakwa raya percaya isterinya hanyalah mangsa eksploitasi suspek rakus itu.

Emmanual Dupic dari pihak pendakwaan Perancis berkata: ” Si suami telah mengenakan kuasa psikologi terhadap isterinya daripada berhenti memberikan layanan seks kepada pelanggannya.”

Walaupun bidang pelacuran sebenarnya sah di sisi undang-undang awam di Perancis, namun industri pemerdagangan manusia untuk tujuan seks komersial tidak boleh diterima sama sekali.

Lelaki tersebut berhadapan dengan perbicaraan mengenai jenayahnya dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun tetapi dibebaskan dengan ikat jamin pada Jumaat. – Agensi/MYNEWSHUB.CC




0 comments:

Post a Comment