Thursday 22 October 2015

Filled Under:

KEJAM!! Tergamak mereka perlakukan begitu,lagipun cucu saya anak yatim...

KEJAM!! Tergamak mereka perlakukan begitu,lagipun cucu saya anak yatim...

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 bulan dipercayai menjadi mangsa dera ketika ditinggalkan sementara di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di sini, sejak lebih seminggu lalu.

Video mengenai kanak-kanak malang itu turut menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu, dan dikongsi pengguna di Facebook sejak tengah hari, hari ini.

Kesal dengan tindakan pengasuh berusia awal 20-an itu, anggota keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 8.30 malam tadi.
Datuk mangsa yang berusia 55 tahun berkata beliau hanya mengetahui mengenai berita itu petang semalam, selepas menonton video berkenaan daripada seorang kenalannya.

“Tergamak mereka perlakukan begitu? Lagipun cucu saya ini anak yatim (bapa mangsa meninggal dunia kira-kira enam bulan lepas akibat masalah jantung).

“Sekarang, kami sekeluarga menyerahkan perkara ini kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut kerana laporan telah dibuat dan kami tidak mahu perkara sama terjadi kepada orang lain," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kubang Parit di sini, hari ini.

Dalam video sepanjang 43 saat itu, kanak-kanak malang berkenaan ditampar di muka beberapa kali oleh pengasuh kerana tidak henti-henti menangis.

Pada masa sama, pengasuh tersebut bersama-sama seorang pengasuh lain turut menutup muka kanak-kanak itu dengan sehelai tuala supaya dia berhenti menangis, sambil memicit-micit bahagian muka mangsa termasuk hidung.

Difahamkan, selepas insiden itu, kanak-kanak berkenaan demam dan dibawa ke hospital. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada pihak hospital, mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal akibat kejadian itu.

Sementara itu, ibu mangsa yang enggan dikenali memberitahu beliau tidak menyangka pengasuh terbabit sanggup berbuat demikian terhadap anaknya,
memandangkan dua kakak kepada kanak-kanak itu yang kini berusia enam dan sembilan tahun, pernah dihantar ke pusat asuhan itu sebelum ini.

Wanita berusia 40 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu di sebuah butik, berkata selepas kejadian, pengasuh berkenaan menghubunginya untuk meminta maaf tetapi tidak menyatakan sebab dia melakukan perbuatan tersebut.

"Bapa mentua ada bertemu dengan pemilik taska tersebut selepas laporan polis dibuat dan pemilik taska meminta supaya menarik balik laporan itu tapi kami enggan kerana mahu memberi pengajaran kepada pengasuh terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abdul Rafar ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu. - Bernama




0 comments:

Post a Comment