Wednesday 21 October 2015

Filled Under:

Bukan sekadar tipu RM1.5j

Bukan sekadar tipu RM1.5j

Seremban: Seorang lelaki berusia 25 tahun menjadi buruan ramai pelabur yang menuntut semula wang mereka berjumlah RM1.5 juta selepas menyedari tertipu dengan skim pelaburan emas diperkenalkannya.

Lelaki terbabit turut melakukan pelbagai penipuan termasuk melarikan kereta yang disewa pajak melalui syarikat sewa pajak sebelum menjual kenderaan berkenaan bagi melangsaikan hutangnya.

Pemilik syarikat sewa pajak kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 30, berkata, lelaki terbabit melarikan empat Perodua Myvi yang disewa Disember dan 28 Februari lalu.

“Saya tidak tahu latar belakang lelaki itu dan menyerahkan dua Perodua Myvi dalam pertemuan kami di Gombak dan Taman Koperasi Cuepacs, Kajang, Selangor.

“Perjanjian sewa pajak itu selama dua tahun. Pada enam bulan pertama, lelaki itu membuat pembayaran seperti biasa RM1,000 sebulan, namun gagal melakukannya sepanjang empat bulan seterusnya.





0 comments:

Post a Comment