Saturday 24 October 2015

Filled Under:

Bajet 2016 TIADA FAKTOR "WOW""Biasa-Biasa Saja" – Pakar Ekonomi

Bajet 2016 TIADA FAKTOR "WOW""Biasa-Biasa Saja" – Pakar Ekonomi 

PETALING JAYA: Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri pada Jumaat disifatkan adil kerana peruntukan dan bantuan masih disalurkan kepada rakyat walaupun dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu.

Bagaimanapun, ia dilihat sebagai belanjawan yang tiada faktor "wow", sebaliknya hanya pembentangan yang "biasa-biasa saja", sesuai dengan situasi semasa negara dan dunia ketika ini.

Penganalisis ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Baayah Baba berkata, walaupun ketidaktentuan ekonomi global, namun kerajaan mampu menangani dengan begitu berkesan tanpa meminggirkan rakyat.

“Contohnya, terdapat penurunan harga minyak dan dijangka kekal rendah, di mana ia memberi kesan kepada sumbangan Petronas untuk negara sehingga menyaksikan penyusutan pendapatan kerajaan.

“Tapi lihatlah tiada penurunan dalam sebarang peruntukan Bajet 2016. Masih ada peruntukan, masih ada bantuan untuk rakyat. Ini bertepatan dengan tema ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2016 di Parlimen pada Jumaat berkata, sebanyak RM267.2 bilion diperuntukkan berbanding RM260.7 bilion.

Menurut Baayah, Bajet 2016 tidak menumpukan golongan sasaran berpendapatan rendah kerana turut tidak meminggirkan mereka berpendapatan sederhana.

“Golongan berpendapatan sederhana ini memberi banyak sumbangan kepada pendapatan negara, dan mereka tidak menerima bantuan sebagaimana golongan berpendapatan rendah seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

“Tetapi bajet kali ini memberikan pengurangan cukai yang lebih baik kepada golongan berpendapatan pertengahan atau M40. Had pelepasan cukai yang dinaikkan. sekali gus memberikan gaji bersih yang lebih tinggi kepada mereka,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, tiada faktor ‘wow’ yang benar-benar menarik perhatian rakyat berikutan jumlah bagi segelintir atau peruntukan adalah kecil.

“Contohnya macam BR1M, kita lihat sebelum-sebelum ini kenaikan agak tinggi berbanding dalam bajet kali ini. Naik pun hanya RM50 sahaja.

“Kebanyakan dalam Bajet 2016 tak ada benar-benar boleh menarik perhatian. Peruntukan dan bantuan memang ada tetapi tak ada faktor "wow", "biasa-biasa saja",” kata Dr Baayah sambil menambah bahawa BR1M yang diperkenalkan pada 2012 merupakan antara faktor paling menarik diperkenalkan kerajaan untuk membantu rakyat menampung kos sara hidup.

Bagaimanapun beliau berkata, keadaan ekonomi dan cabaran globalisasi pada masa ini sedikit-sebanyak menjadi punca kepada ‘tarikan’ dalam Bajet 2016.

Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat. 




0 comments:

Post a Comment