Tuesday 27 October 2015

Filled Under:

Fara Mendoza Akan Dedah Dalang Penyebaran Gambarnya!!


Fara Mendoza Akan Dedah Dalang Penyebaran Gambarnya!!

Ekoran daripada penyebaran gambar penuh kontroversi “Gambar Fara Mendoza Dan Zwen Star Bercumbu BIKIN GEMPAR!“, dirinya kini menjadi bahan hentaman netizen malah lebih ramai yang menyuarakan kebencian terhadap dirinya.

Gambar yang menujukkan sisi dirinya dan seorang penyanyi baharu, Zwenstar sedang dinafikan sekeras-kerasnya lebih-lebih dakwanya pembikinan klip video itu dilakukan di taman permainan Putrajaya. Menurutnya ia sesuatu perkara yang mustahil dilakukannya dengan dilihat oleh orang ramai.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu foto itu tersebar. Tidak mungkin saya melakukan perkara tidak senonoh sedemikian.

“Apatah lagi penggambaran klip video itu dilakukan di sebuah taman permainan di Putrajaya. Malah ramai orang berada di sekeliling kami ketika penggambaran sedang berlangsung.

“Nampaknya memang ada pihak cuba mahu mengenakan saya. Takkan saya nak bercium di depan orang ramai? Itu mengarut,” katanya.

Tidak ingin diri terus menjadi mangsa keadaan, Fara Mendoza tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mencari siapa dalang disebalik apa yang telah tersebar.

“Bagi saya, orang yang cuba merakam gambar itu memang hebat. Saya tengok pun terkejut kerana ia memberi gambaran seolah-olah sedang bercium dengan Zwenstar.

“Saya akan siasat siapa yang buat begini. Individu terbabit sengaja mahu melihat saya jatuh,” tegasnya.

Mungkin di sebalik ujian dan musibah menimpa Fara Mendoza, Allah ingin memanggilnya atau memberi peringatan bahawa tiada sesiapa yang mampu mengelak daripada Allah lebih-lebih lagi dirinya baru sahaja sembuh dari kemalangan.





0 comments:

Post a Comment