Sunday 25 October 2015

Filled Under:

Aksi Romantis yang Gagal

Aksi Romantis yang Gagal

GAMBAR yang sempat dirakam orang ramai sebelum wanita itu menolak lamaran


Aksi Romantis yang Gagal – Seorang lelaki yang berhasrat melamar kekasihnya bertindak diluar jangkaan apabila dengan bangganya memberhentikan kenderaan yang menunda sebuah bot di hadapan hospital.

Dia kemudian masuk ke dalam bot terbabit sambil memegang sejambak bunga dan sambil melaungkan nama kekasihnya berkata: “Saya cintakan kamu! Tolong maafkan saya!” menggunakan mikrofon.

Tidak lama selepas itu, seorang wanita melangkah keluar dari hospital dan memanjat ke atas bot terbabit.

Sambil diperhatikan orang ramai yang berkumpul dan bersorak sambil merakam gambar menggunakan telefon bimbit mereka, lelaki itu mengeluarkan sebentuk cincin dan melamar wanita berkenaan.

Bagaimanapun, suasana romatik itu bertukar menjadi sebaliknya, apabila wanita itu dengan selamba melemparkan cincin terbabit dan kembali ke hospital seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Lelaki itu turut beredar dari tempat kejadian, mungkin untuk mencari ketenangan.

– Agensi




1 comments:

  1. Mummys Gold Casino - JTG Hub
    JTG's 김포 출장샵 Gold Casino 출장샵 offers a 강원도 출장샵 wide range of 춘천 출장안마 slot games for you to choose from! Our online slots games 평택 출장샵 feature a range of reels, video jackpots,

    ReplyDelete