Sunday 25 October 2015

Filled Under:

Pelajar Wanita Kena Sembelih Dalam Bilik Tidur

Pelajar Wanita Kena Sembelih Dalam Bilik Tidur

Seorang pelajar wanita tingkatan lima di temui maut dalam keadaan mengerikan di dalam bilik tidurnya di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, di sini.

Mangsa remaja wanita bernama Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui bapanya pada 7.30 malam 25.10.2015 kelmarin.

Sebelum itu bapa mangsa yang pulang dari kerja memanggil anaknya yang berada dalam bilik.

"Bagaimanapun, dia merasa pelik apabila panggilan tidak disahut oleh anaknya sebelum membuka pintu bilik.

Selepas si ayah membuka pintu bilik di dapati anaknya berada di atas katil dalam keadaan berselimut.si ayah yang terus bertindak menyelak selimut anaknya dan terkejut melihat keadaan anaknya yang sudah tidak bergerak.

"ada kesan kelar di bahagian leher dan ada kesan darah" kata ayah mangsa ketika membuat keterangan pada pihak polis.

Ayah mangsa yang terus menghubungi ambulan dan mereka telah mengesahkan anaknya telah meninggal dunia.


Tindakan Dan Siasatan Awal Yang dilakukan Pihak Berkuasa

1. Hasil siasatan mendapati mangsa terbaring di atas katil dan terdapat kesan kelar di bahagian leher. Siasatan turut mendapati almari baju telah terkopak dan 1 kipas angin meja telah patah. Bantal peluk yang ada kesan darah turut dijumpai di ruang tamu. Tiada kesan pecah pada mana-mana pintu atau tingkap rumah. Tiada sebarang senjata ditemui di dalam bilik mangsa mahupun dalam kawasan rumah itu.

2. Soal siasat terhadap jiran-jiran juga telah dijalankan namun mereka tidak mendengar sebarang pergaduhan atau jeritan daripada mangsa.

3. Menurut pengadu iaitu bapa mangsa menyatakan anaknya telah dihantar balik seorang diri ke rumahnya selesai makan tengahari l/kurang jam 1200 tengahari.

4. Pakar patologi Dato Govinder Singh telah dihubungi bagi membantu siasatan dan beliau mengesahkan akan hadir ke lokasi kejadian.PDRM.

Gambar sekitar kejadian 









0 comments:

Post a Comment