Friday 23 October 2015

Filled Under:

BANGKIT TUBI SENAMAN MUDAH UNTUK KEMPISKAN PERUT

BANGKIT TUBI  SENAMAN MUDAH UNTUK KEMPISKAN PERUT

Salah satu senaman yang mudah untuk kempiskan perut adalah senaman bangkit tubi. Senaman ini sangat sesuai untuk kaum wanita yang mempunyai otot abdomen iaitu otot dibahagian perut dan juga sesuai bagi mereka yang sukar untuk mengangkat tubuh badan ketika bersenam.

Di sini,saya ingin kongsikan beberapa kaedah yang betul untuk melakukan senaman bangkit tubi ini dan sekali gus akan mempercepatkan perut menjadi kempis serta nampak lebih menawan.


LANGKAH-LANGKAH BANGKIT TUBI

1) Mulakan gerakkan dalam posisi baring di atas lantai sambil kedua-dua belah kaki dibengkokkan pada lutut

2) Letakkan tangan di belakang kepala atau disilangkan dan dirapatkan ke dada.

3) Perlahan-lahan tolak atau bawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut.

4) Selang-selikan dengan gerakkan membawa tubuh ke belakang semula dan berhenti mengikut kemampuan. Pastikan kaki kekal dalam keadaan membengkok.

5) Rasakan kontraksi pada otot perut ketika melakukan gerakkan ini.

6) Setelah serasi dan mahir, cuba bawa tubuh kebelakang dan bertahan selama 10 hingga 20 saat, bermaksud turunkan badan dalam posisi baring dengan cara pelahan-lahan selepas membawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut. Pastikan tidak biarkan tubuh mencecah lantai.

7) Ulang gerak senaman ini sebanyak 8 kali atau lebih.



Pesanan: Sebaik-baiknya pastikan postur tubuh badan dalam keadaan tegak dan tidak terlalu membongkok. Selamat mencuba. Lakukan setiap hari bila ada masa lapang.




2 comments:

  1. Terbaik :) memang penat nak buat senaman kempiskan perut ni tetapi berbaloi :)

    ReplyDelete
  2. Kenapa rasa susah nk angkat badan..posisi tgn ke atas dada..xboleh bangunkn bdn?

    ReplyDelete