Tips Supaya Pokok Bunga Mengeluarkan Berbunga
Suka artikel ini? Sila kongsikan :
Ok kali ni aku nak share berkenaan tips mudah supaya pokok bunga mengeluarkan bunga yang banyak dan sihat-sihat belaka.
Sebelum korang praktikkan pestikan pokok yang korang tanam tu adalah pokok spesies berbunga seperti pokok Bougainvillea, Lantana camara, Ixora dan lain-lain spesies yang berbunga. Janganlah pulak pokok tu memang spesies yang bukan berbunga tunggu sampai berjanggut pun tak akan berbunga. ye tak?
Tips Supaya Pokok Bunga Mengeluarkan Berbunga Adalah Seperti Berikut
1. Trimkan pokok terlebih dahulu supaya ianya mengeluarkan pucuk yang baru.
2. Bila pucuk baru dah keluar separa matang dan sesuai untuk berbunga masa ni korang perlu beri baja bunga contoh : NPK Blue
3. Selepas baja siram pokok tersebut dengan menggunakan air yang banyak dan lakukan dalam masa 5 hari berturut.
4. Selepas siram hari kelima letakkan pokok tersebut di tengah panas dan biarkan ia tanpa perlu siram selepas dua tiga hari, insyaallah pokok tersebut akan berbunga.
5. Selepas berbunga dan telah gugur lakukan perkara yang sama di atas.
Untuk semua tips di atas jika masih belum berbunga cuba semak kepadatan tanah jika keras bermakna tanah itu perlu dibaikpulih.
Bagaimana untuk baikpulih tanah menggunakan penanaman asas nanti aku cerita pada entri akan datang sebab malam ni aku hanya cerita bagaimana cara untuk pokok berbunga mengeluarkan bunga.
Mana-mana yang praktik tips ini jika ada yang berjaya nanti share kat sini ek.
Sunday, 25 October 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment