Sunday, 25 October 2015

Filled Under:

Isu tampar Kamal Adli, Emma Maembong terjawab


Isu tampar Kamal Adli, Emma Maembong terjawab


Memang dah agak dah ianya adalah adegan gimik semata-mata. Ianya adalah adegan untuk mempromosi produk Est Cola yang telah dirancang.

Namun ramai peminat yang sudah hilang kepercayaan dan rasa pertimbangan diatas sikap Emma dan Adli yang menyembunyikan sehingga timbul banyak spikulasi.


"Sejak seminggu lalu memang saya menjadi sasaran peminat yang ingin mengetahui kejadian disebalik saya menampar Kamal dalam sebuah video yang tersebar.

"Tidak kurang juga yang terus menghentam saya dan pelbagai kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar, 

"Jujurnya ia bukan idea kami tetapi daripada pihak produksi namun mereka meminta izin kami terlebih dahulu sebelum ia disebarkan.

"Saya dan Kamal memang risau kerana tahu akan reaksi peminat dan benar kami menerima pelbagai kritikan tetapi bersetuju kerana ia adalah sekadar gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan selain ia hal tuntutan kerja.

"Dari sudut positifnya meskipun ia memberi kesan negatif kepada kami tetapi ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk berkenaan dengan skala lebih besar," Jelas Emma memetik portal mStar




0 comments:

Post a Comment