Wednesday, 21 October 2015

Filled Under:

Amir Ukays Dibebaskan, Cerita Perkara Sebenar kes ini

Amir Ukays Dibebaskan, Cerita Perkara Sebenar kes ini 

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Ukays, Amir, hari ini dibebaskan oleh pihak polis setelah ditahan kerana didapati memiliki sepucuk pistol di dalam kereta Gen-2 yang dinaikinya.

Menceritakan perkara sebenar disebalik pistol terbabit, Amir berkata ia hanyalah pistol mainan untuk tembak cicak dirumahnya.

"Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah. Alhamdulillah, saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi (semalam)," kata Amir atau nama penuhnya, Mohd Azmir Muhammad Yusof, 46.

Menceritakan kembali bagaimana dia ditahan, Amir berkata dia ditahan di kawasan letak kereta pangsapurinya di Sentul kerana dipercayai memilik senjata api. Dia ditahan kira-kira jam 1.45 pagi pada Rabu.

Ketika pemeriksaan dilakukan, polis menemukan sepucuk pistol yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact' dengan nombor siri 12L20520.

Amir kemudian berkata pistol itu adalah pemberian oleh seorang peminatnya pada lapan bulan lalu.

"Saya tidak tahu menjadi kesalahan jika memiliki pistol mainan. Saya juga tidak tahu perlu memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan.

"Tidak dinafikan, pistol berkenaan menyerupai pistol, tetapi ia hanyalah pistol mainan. "Selalunya, saya letak pistol berkenaan di rumah untuk kegunaan menembak cicak, tetapi pada tengah hari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal dalam kereta.

"Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza2.

"Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan," katanya sambil berkata ketika dia ditahan, pistol berkenaan berada di tepi pehanya.

"Ketika itu, saya baharu saja mahu mematikan enjin kereta, saya didatangi sepasukan polis. Apabila nak keluar dari kereta, mereka ternampak pistol berkenaan.

"Saya mengakui pistol itu milik saya kerana saya tahu itu pistol mainan. Jadi, saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk soal siasat.

"Alhamdulillah, saya dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas disoal siasat. Berita saya ditahan reman tidak benar.

"Saya memberi kerjasama kepada polis kerana saya tahu saya tidak bersalah, saya bukan perompak atau penjenayah. Tiada apa yang harus saya takutkan," katanya memetik laporan dari BH Online.

Mengulas tentang kisah dirinya dan pistol terbabit yang viral, Amir berkata dia memaafkan mereka yang bertindak memviralkan berita itu.

"Tidak mengapalah, saya sudah maafkan. Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan sudah melupakannya.

"Saya kini sudah dibebaskan dan paling penting, pihak polis mempercayai keterangan saya", kata Amir.




0 comments:

Post a Comment