Tuesday, 27 October 2015
Filled Under:
Amalan Yang Di Sukai Nabi
Posted By:
elias
on 17:47
Amalan Yang Di Sukai Nabi
As'salamualaikum. Alhamdulillah. Seperti yang dijanjikan amalan yang dimaksudkan itu adalah melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh.
Berikut adalah penerangan mengapa orang paling kaya adalah mereka yang menunaikannya kerana Rasulullah SAW insan mulia dan hebat amat menjaga solat sunat ini.
Solat Fajar?
Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh. Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)
Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)
“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)
Semoga bermanfaat buat kita semua. Jika bermanfaat komen "Alhamdulillah" sebagai tanda syukur kita memperolehi ilmu baru malam ini.
#KayaDunia
#KayaAkhirat
#MudahnyaMenjemputRezeki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment