Cara Menjaga Kereta Dengan Mudah Yang Ramai Orang Tak Tahu!!
Ramai orang yang ada kereta tapi tak tahu menjaganya. Kurang ilmu dalam menyelenggara kereta menyebabkan pomen akan kaut untung ratusan ringgit malah sehingga ribuan ringgit dari poket anda. Sedangkan anda boleh elakkan kerosakan dan pembaziran wang pada pembaikpulihan kereta dengan mempelajari ilmu penjagaan kereta yang sebenar
Contoh :
1.Enjin selalu panas. Puncanya : kerana jarang memeriksa air di radiator. 2.Enjin terasa berat. Puncanya : kerana salah memilih minyak hitam. 3.Enjin perlu dioverhaul. Puncanya : tak pernah tukar minyak hitam. 4.Kereta tak seimbang. Puncanya : alignment tayar lari.5.Stereng jadi berat dan ketat. Puncanya : kurang tekanan angin.
AKIBAT KERETA TIDAK DIJAGA
Berikut adalah contoh kos yang perlu ditanggung oleh salah seorang pelanggan kereta. Pemilik kereta ini tidak menjaga keretanya dengan baik dan hanya tahu "main bawa" sahaja. Akibatnya, kereta beliau terpaksa di "overhoul" kerana terdapat kebocoran pada bahagian radiator serta pelbagai lagi masalah pada kereta beliau. Lebih parah lagi, kereta beliau adalah kereta buatan korea yang sememangnya agak sukar untuk mencari alat gantinya dan harganya juga agak mahal.
TAYAR KERETA KEMPIS TAPI TIADA KESAN BOCOR
Benda ni pernah terjadi pada aku sekali. Baru je isi angin dan bila tengok pada keesokan hari, tayar dah pancit dan kempis. Bawak pergi bengkel untuk pemeriksaan. Bila pomen cabut tayar dan masukkan dalam air, takde pulak keluar buih-buih kecik tanda bocor. Rupa-rupanya angin keluar pada saluran tyre valve. "Dan ini disebabkan oleh getah pada saluran tyre valve tu dah haus", kata pomen pomen yang check kereta aku.
Katanya lagi, jika saluran tyre valve terpusing sekali semasa membuka penutup angin, itu tandanya getah pada saluran tyre valve itu perlu ditukar. Kos untuk menukar getah tersebut hanya RM6 sahaja untuk setiap tayar. Gambar kat atas tu tayar kereta aku bocor sebab terpijak skru. Haishhh...sapelah yang letak skru atas jalan ni.
CARA MENJAGA KERETA DENGAN MUDAH
Masalah-masalah lain yang mungkin akan berlaku jika kita masih bersikap sambil lewa kepada penjagaan kereta ialah :
Enjin kereta akan selalu panas.
Enjin perlu dioverhaul di bengkel.
Enjin terasa berat sedangkan originalnya ia lebih terasa ringan dan selesa dipandu.
Kereta jadi bising tak tentu hala.
Dashboard kereta akan nampak bertompok-tompok.
Dan banyak lagi.
0 comments:
Post a Comment